Wednesday, September 28, 2011

MooD ; DeMaM

Assalamualaikum w.w.....
Sudah lama agaknya aku tak tulis dlm entry nih.. cbuk duk buat persiapan kenduri rumah terbuka baru2 ni... alhamdulillah semua berjalan lancar.. ramai yang datang.. dkt kul 7 pon org dtg lg..seronok betul...terima kasih sebab datang.. kepada yang tak sempat datang tu, aku faham sbb time tu mmg ramai yg buat kenduri pon.... dan yang pasti, korang doa2kan lah semoga rezeki aku bertambah...boleh buat kenduri lagi..TQ :)

Demam2 nih plak dapat MC 2 hari.. syok ker dpt MC 2 hari..??? tak syok pon... duk umah tak tau nak buat apa.. tp tu la kan.. MC tu tujuannya nak kita berehat kat uma... tapi tak da la rehat sangat pon.. nak bg kuar peluh bg cepat lega..heehehehehehe..

Ni nak cita pengalaman demam... hari isnin baru ni aku kena hujan, tingkap keta tak tutup punya pasal.. dlm bilik meeting mmg tak sedar hujan, bila dah hbis meeting br teringat yg keta aku tak ttp tingkap, apa lagi.... aku dgn penuh semangat berlari dlm hujan nk p tutup tingkap... balik uma ok lg.. mlm tu baru sedar kesejukan... menggigil2... mmg sah...demam panas...
Yang syoknya... (takdala syok pon.. yala demam ma..).. p klinik kesihatan kat Gunung Rapat, tunggu berejam2 tak sampi giliran pon.. udahnya balik mcm tu ja.. dah tak larat menunggu, lebih kurang 2 jam lebih br nurse kat ctu kol ty aku kat mana... hehehehe dengan bangganya aku menjawab aku tgh bring2 kat uma.. 
Kesian kat suami la.. thanks daling... dia p sekolah kejap, time dia rehat dia dtg balik ambil aku n hantar aku p klinik swasta.. amikkaw... lagi cepat...bior la bayar lebih..tapi tak lembab mcm kure2..hik...
Hari ke2 dah rs macam ok.. petang tu ajak suami main badminton... dah lama tak mai mmg syok la.. main plak atas rumput kapet.. mmg syokla.. mlm tu cadang nak masakkan suami nasi goreng sotong kegemarannya.. tp hasrat tak kesampaian... demam aku dtg balik.. huhuhuhhhuh mmg flat.. kul 11 lebih suami kejut suh mkn ubat... mkn juga la.. suami masak sardin nak mkn dengan nasi mmg tak lalu... mkn roti sejemput je.. pas mkn tu tido blik... kul 2 lebih mcm tu tejaga plak,,, bepeluh 1 badan... habis basah baju tido.. nasib baik bangun je pagi td dah rs ok...cuma ada pening sedikit... alhamdulillah...
kawan2... kalau demam ni mmg tak syok pon.. so cepat2 la bawa jumpa doktor...hihihihihihi.. semua kerja jd terbengkalai...
P/S.... thank to my Hubby...... i love u so much... sorry 4 everything... tak sempat nak masak untuk abg... k, take care.. thanks coz bc my entry...

Friday, August 19, 2011

"..Glemer You.."

Salam Ramadhan..
Dibulan yang mulia ini... mungkin kita mempunyai pelbagai kisah yang menarik...
Aku tidak ketinggalan untuk menikmati kisah yang menjadi ingatanku...
Pemergian Ibunda tercinta merupakan satu kisah yang sangat menggugat hati nulariku..
pemergiannya amat aku rasai..kehilangan yang amat... 
Sangat mengambil masa untuk melupakan..yang pasti mungkin takkan pernah luput dari ingatanku..
Aku bersyukur kerana ada orang yang sanggup memberi kata perangsang dalam meneruskan hidup.. Suamiku..terima kasih sayang.. pengorbananmu amat ku hargai...
Pelbagai usaha yang suamiku buat agar aku bisa ceria seperti dulu...
Antarnya membawa aku membeli-belah yang merupakan hobiku.. biarlah membeli-belah tingkap (window-shoping ler)...hihihihihihi
Satu hari yang indah ( cuti nuzul Quran baru2 ni)...aku dan suami serta kakakku dan anaknya Aiman yang tinggal di Subang Perdana telah pergi 'menyopingkan' diri di SOGO... mentang2lah aku dan suami baru dapat bonus separuh gaji... maka berabislah kami..hehehehe
Aku membeli-belah diruangan kegemaranku, suamiku ke bahagian yang digemarinya..kakak ku membawa anaknya keruangan kanak2.. mmg dah mcm iklan berperang untuk mengambil bahagian masing2..hahahaha..naik jer 'eskeletor' tu trus aku bagi arahan"nanti koling2 jer yer..".. betapa bersemangatnya kami...
Dipendekkan cerita.. Sedang aku asyik membelek2 handbag yang aku nak beli, aku ternampak seorang wanita ini memfokuskan lensanya ke arahku.. dalam hati berkata.."ah... budak ni nak ambil gambar org lain kut..".. " takpon dia ni saja2 nak test kamera barunya.." 
Aku dengan mulut becoknya siap jd promoter kat ctu bagi cadangan kat cstmr untuk dia bli...tanpa ku sedari, rupanya minah yg dok tgkap gmbar aku td datang menghampiri aku... lalu berkata...
"kak, ble tak saya IKUT akak...?"
Dengan perasaan takut aku menjawab
"Kenapa awak nak IKUT saya?"
"Bukan IKUT akak..COE aka"sambungnya...
hehehehe aku malu... yala rmai sangat orang, mana nak dengar sangat... barulah dia perkenalkan diri dia wartawan dari surat khabar MalayMail...
Hahahahaha.. sangat memalukan sebab ini mungkin pengalaman yang tidak dapat dilupakan...
Tengokla aku yang penuh bahagia memilih handbag yang macam aku nak borong semua... huhuhuhuhu
Yang aku pegang ni mmg aku bli, siap bli 2 set..hahahahaha
selamat membaca.. thanks..



Klik Link dibawah ;

Tuesday, August 16, 2011

Krongsang Klasik

Salam semua... krongsang baru kuar dr oven lg ni.. ola just bg nama klasik sbb perkataan pertama yg kluar dr mulut ola adalah 'klasik'... tu yg buh klasik tu..hihihihihihi.. sesuai untuk dipakai di tudung sebgai tambahan eksesori... nak pkai kat baju pon ok gak..pinkan kat baju dibahagian depan atas dada sedikit.. kalau pkai tudung nmpak seolah2 kita pkai rantai.. menarik... kalu nak tempah boleh... harga pon berpatutan.. cuma RM35.00 termasuk pos... 
Just msg;
Nama :
Alamat:
No Fon:
Almt email/FB:



 Mcm ola pkai ni... tp jgn gigit mcm ni... hehehe 


 Kalau berani buat mcm ala2 hindustan... mera nam he...

Ni agak nampak lg klasik..


Bentuk yang sangat unik...


Terima kasih.. nanti kalau ada design yang baru ola upload lg ek... 
Selamat menjamu mata... dan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lg...
Yahu...2 minggu lg raya... Jom ikut ola balik S.A.B.A.H...
A.D.I.O.S

Thursday, August 4, 2011

Pertunangan Adik IparKu

Salam... sudah lama juga tak mengisi ruangan dlm blog ola ni kan.. rindu pon ada gak.. dikesempatan ini rasanya ola masih tidak terlambat untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA... bulan ni mmg mcm2 program dalam list... boleh dikategorikan tidak menang tangan... hehehehe.. tapi alhamdulillah ola masih diberi ruang oleh Maha Pencipta untuk mengharungi segala tugasan. oit... sudah la tu... topik utama kita Pertunangan Adik Iparku... so kita sambung ke topik utama.

Pada 30hb Julai 2011 yang lalu... adik ipar telah melangsungkan majlis pertunanganya dengan lelaki pilihan hatinya.. Dengan penuh kesyukuran majlis berjalan dengan lancar... walaupun orang lain sibuk menyambut bulan puasa, tapi itu tidak menghalang niat baik keluarga tunang adik iparku dari Setiawan Perak...  Yang seronoknya, Ola sendiri yang makeup adik ipar... bukan apa, memang dah menjadi hobi mencantikkan orang ni... yaka??? cantik ker..??? tengok sendiri la hasilnya... majlis ini juga diserikan dengan mahligai tersergam indah.. wah... mini pelamin... pelamin ini ditempah khas dari member Ola.. Ola angkut dari ipoh.. sampai kat kedah Ola n hubby pasang dan hiasannya sudah semestinya me..hihiihihihih so..  kalu berminat untuk tempahan make up, hantaran, pelamin/mini pelamin.. boleh la kontek k... nanti Ola upload lagi gambar2 hantaran yang member Ola dah buat, mmg cun... so... enjoy...







Adik Ipar bersama Ibu MertuaKu yang Ku sayangi..







Saturday, June 4, 2011

Pin Tudung Comey

Pin Tudung Butang Besar

Sebenarnya banyak lagi gambar nak letak dlm blog sy ni, tp entah kenapa ada problem bl nak post pic2 tu.. tak pala, nanti bila ada kesempatan sy cuba letak gambar hasil tangan saya sendiri ya..

Friday, June 3, 2011

UJIAN 2 KPD3016

UJIAN 2 KPD3016

UJIAN 2 (30 markah)
Arahan: Jawab kedua-dua soalan. Anda diberi masa satu minggu untuk menjawab (melainkan pensyarah e-learning anda melanjutkan tempoh menjawab). Upload jawapan anda melalui link assignment untuk Ujian 2 yang disediakan dalam MyGuru2.

1.    Bina sebuah Peta Konsep  seperti yang dihuraikan dalam Modul Jilid 2, Unit 7, untuk menunjukkan kefahaman anda tentang konsep berikut:
(i)            Penaksiran
(ii)          Pengujian
(iii)         Ujian
(iv)         Pengukuran
(v)          Penilaian
(vi)         Penaksiran autentik
(vii)        Penaksiran prestasi
Markah maksimum: 10 markah

2.    Bahagian Pencapaian Pasukan Murid (BPPM) merupakan satu strategi pembelajaran kooperatif yang dipelopori oleh Robert Slavin. Pilih satu hasil pembelajaran daripada huraian sukatan pelajaran bagi subjek yang diajar di sekolah (selain daripada Bahasa Cina atau Bahasa Tamil) dan huraikan secara ringkas (tidak melebihi satu muka surat, 1.5 spacing), bagaimana hasil pembelajaran tersebut dapat dicapai murid menggunakan strategi BPPM.

Markah maksimum: 20 markah



UJIAN 2: Untuk dijawab semua pelajar PJJ yang mengambil KPD3016

Sunday, May 22, 2011

Kenegaraan PPG 2011


TUGASAN ESEI INDIVIDU


Pelajar dikehendaki menyiapkan dan menyerahkan sebuah tugasan esei (ulasan artikel) bertulis individu yang bernilai 20% daripada penilaian keseluruhan kursus. Sila lihat tajuk-tajuk di bawah.
  
  • Pilih SATU (1) tajuk sahaja        
  • Panjang esei tidak lebih 2000 patah perkataan (termasuk nota kaki, illustrasi, bibliografi, dll)
  • Esei HARUS ditaip, langkau dua, di atas kertas saiz A4.
  • Penyampaian dan format esei HARUS mengikut corak penulisan ilmiah 
  • Tarikh penyerahan esei ialah pada Minggu ke-10
  • DUA (2) set esei HARUS disediakan: satu untuk diserahkan, dan satu untuk simpanan sendiri.

1- Bincangkan maksud dan konsep asas sesebuah Negara 
2-    Bincangkan ciri-ciri asas sesebuah tamadun 
3-    Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah mengubah seluruh aspek kehidupan masyarakat Melayu. Bincangkan . 
4-     Bincangkan mengenai penjajahan di Negeri-Negeri Melayu dan kesannya. 
5-    Bincangkan konsep perlembagaan dan nilai-nilai tradisi Perlembagaan Malaysia 
6-    Bincangkan bagaimana peristiwa 13 Mei 1969 membawa kepada kelahiran Rukun Negara 
7-    “Sebagai sebuah Negara demokrasi, sistem pemerintahan di Malaysia juga mengamalkan konsep pengagihan kuasa”. Bincangkan kenyataan ini. 
8-    “Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah bermotifkan perpaduan rakyat”. Bahaskan. 
9-    Dasar Ekonomi Baru (DEB) mempunyai falsafah dan strategi tersendiri dalam mencorakkan kesejahteraan rakyat. Bincangkan. 
10- Bincangkan bagaimana Malaysia memainkan peranan dalam hal ehwal serantau dan dunia.

Friday, May 20, 2011

teknologi sebagai proses dengan teknologi sebagai produk dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran


 Hello kawan2... mungkin ini dapat membantu... selamat menjawab...

Sebagai seorang guru, bagaimana anda menterjemahkan maksud teknologi sebagai proses dengan teknologi sebagai produk dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran anda di bilik darjah?

Seperti yang kita ketahui, teknologi sekarang berkembang pesat seiring dengan perkembangan zaman. Jadi tidak hairanlah kepentingan teknologi serta penggunaannya juga mencetuskan fenomena baru dalam pendidikan, malah menjadi satu produk yang sangat penting untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan beberapa tafsiran tentang teknologi pendidikan;
"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"
     (Crowell (1971):Encyclopedia of education)
"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran"
     (Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)
Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.



Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran
*      Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.
*      Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
*      Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.
*      Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.
*      Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
*      Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
*      Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
*      Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
*   Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.

Pada pandangan saya, sebagai seorang guru, penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat berguna. Melalui penggunaan teknologi dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran, dengan cara ini matlamat serta sasaran pencapaian murid dapat dikesan serta dicapai melalui penglibatan maksimum daripada pelajar.
            Penggunaan teknologi juga banyak membantu pelajar untuk memahami dengan lebih terperinci misalnya dalam mata pelajaran sains, penggunaan LCD yang dapat menunjukkan gambaran 100% tentang sesuatu pembelajaran. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah untuk memahaminya.
Secara keseluruhannya, penggunaan teknologi lebih menjurus kepada kebaikan kepada guru dan juga pelajar. Penggunaan teknologi sebagai produk dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sangat memberi manfaat dan menjadi satu inisiatif yang sangat berkesan.

Thursday, May 19, 2011

Canon 450D for Sale

saya mengemari dunia fotography.... kerana merasakan ia satu minat yang jujur dan ikhlas.. yela, segala yang dipaparkan dalam lensa merupakan tulen dan telus... tapi lumrahnya manusia, kita merasakan itu tidak cukup lantas di 'edit' mcm sy buat nih.. hihihihihihihi.
Gambar ini diambil semasa jamuan makan malam bersama rakan sejawat di SK SERI BESOUT dulu... kenangan terindah di sekolah ku... aman dan nyaman udaranya.. masih belum dicemari..
Untuk pengetahuan kawan-kawan yang membaca, kamera ini suami yang empunya.. saya minat jer tapi lagi minat 'possing'..kihihihihihi..
suami katanya nak jual kamera ni sebab nak upgred lg.. kamera ni masa tu dia beli kat sabah. model canon 450D. sesiapa yang berminat boleh hubungi saya. nanti saya inform kat hubby jer... keterangan kamera ini seperti berikut;
Model  : canon 450D sekali dengan kit lens 18-55mm
         tamron lens 18-270mm F/3.5-6.3 Di II VC LD 
           Canon speedlite 430ex II
accessories  :  battery grip
                2 extra original battery
                1 local battery canon
                bag dslr canon (red colour)
                outdoor bag (black colour)
                memory card 4gb



Monday, April 25, 2011

"....New Arrival..."


Rantai untuk kanak-kanak ( 3-5 tahun).... percuma gelang tangan..... mutiara sabah + kristal.... mutiara asli sabah...

Gelang & Bangle

Cantik dan sangat praktikal....



Pin Tudung
 terdapat dalam pelbagai warna dan corak...
sesuai dikenakan untuk selendang

Thursday, April 14, 2011

Me @ KLIA

Now me wif sis Ria n Aiman @ KLIA...Fly.....fly..... Paris..... wait for me....

Monday, April 11, 2011

MakeUp for Any fUncTioN



PROMOSI MAKE UP 2011

Mencari juru make up wanita..?? Tahniah...anda telah menemui saya... sebenarnya hobi saya dari kecil lagi bergaya(makeup), menyanyi, menjahit, memasak.... sebab tu saya kembangkan lagi bakat saya untuk dikongsi bersama.. Sempena pembukaan blog saya ini, saya membuat promosi make up khas untuk pelbagai function...
* MAJLIS PERKAHWINAN ( TUNANG, NIKAH, SANDING, BERTANDANG )
* MAJLIS MAKAN MALAM ( DINNER )
* PERSEMBAHAN KANAK-KANAK ( GRADUASI )
* SANTAI ( PHOTO SHOOT )

Jenama makeup yang saya gunakan insyaallah sangat berbaloi-baloi.... antaranya MAC, KRYOLAN, MAYBELLINE, serta jenama2 yang most popular... bergantung kepada kepentingan wajah yang hendak disolek...



*****LAUNCHING PROMOTION*******
HUBUNGI : 013-2870087 ( KAK OLA-Ipoh) msg lah dulu untuk sesi perkenalan.. takut kol tapi saya tak angkat.... no. tak kenal mmg saya mcm tu...
HURRY UP....... Jadilah yang pertama menggunakan produk terkini saya.....
* TEMPAHAN AWAL MEMBOLEHKAN ANDA MENDAPAT DISKAUN 30%.... CEPAT....JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI....

Cat Eyes Crystal ( Gelang + Kerongsang )


Wow... sedondon dengan gelang & kerongsang... sangat menarik.... kalau lah masa tu baju, handbag dan kasut matching dengan gelang n kerongsang.... mesti "..tertarik kau memang gebom..." cun beb...

tempah lah sekarang..... 013-2870087 ( msg dulu yer...kalau tak, alamat sampai ke subuh la jari tu penat mendail...hihihihihihihi )

Rantai Mutiara / Kristal


Rantai Mutiara air masin... tampak kelainan saat memakainya... berani mencuba...??? Jangan renung lama-lama... tempah sekarang... email lambat sangat..??? hubungi saya di talian 013-2870087... seeloknya msg saya dulu...sebab takut saya tak angkat kalu kol kluar nombor yang tak dikenali.. so adalah lebih baik msg dulu yer...



Ada banyak lagi koleksi Handmade special from sabah.... so rajin-rajin lah mengunjungi blog ini...TQ..

Kerongsang Terkini

Cantik sangat... sesuai untuk sebarang majlis... Tempah sekarang...
qasehbutique@yahoo.com.my atau kunjungi facebook saya Qaseh Butique...