Thursday, July 26, 2012

MakeUp siMple for Hari RaYa....



Salam....

Ola nak share makeup yang sangat simple utk hari raya yang tidak lama lagi...
Abaikan pemakaian tudung tu ek...:p next time ola post khas utk pemakaian tudung mengikut cara ola...

orait, 
1st Ola nak bgtau produk yang ola pkai kalau nak simple je la... nk pkai daily pon ble...

1. Foundation or yang biasa anda guna. mcm ola gune Olay jer.



2. TV Paint Stick Kryolan + Loose Powder


3. Eyeshadow Ola guna Miss Rose


4. Blusher ola guna M.A.C (Mineralize Blush Gentel)



5. Lipstik pun M.A.C ( Satin Malt-A30)



Siap.....!!!!  ..... Taraaaaaa......





* Pemakaian tudung cara Ola

* Tudung biasa + selendang

1.  Pin selendang di atas dan tepi kepala.



2. Ikat selendang di belakang


3. Gulung-gulung baki ikatan selendang dan lilit di belakang kepala. kemudian pin kan...


4. Kalau nak berjuntai2, just pin kat tepi sahaja. Kalau nak full gulung pin dibelakang tengkuk dan atas kepala.


Lilitan Full.... boleh buh kerongsang besar kat blakang.




* Pesanan Ola, berhati2 dengan produk tiruan yang berleluasa di pasar malam... memang murah tapi.... bahaya untuk kulit muka... kulit muka sangat sensitif dengan bahan2 yang bukan ORI...

..........seLamaT MencuBa..........

Thursday, July 5, 2012

Projek Jualan Tahun 3

Aktiviti Jualan Tahun 3 SK Simpang Pulai




Alhamdulillah program yang saya rancang berjalan dengan baik. Bermodalkan RM15.00 murid2 saya mendapat jumlah perolehan sebanyak RM208.00... Hebat bukan... ? Tahniah saya ucapkan kepada anak muridku kerana menjayakan program ini... 

Berikut adalah objektif program ini;

OBJEKTIF
ü  Memperkukuhkan kemahiran wang.
ü  Menyedari kepentingan kemahiran wang
ü  Mewujudkan nilai kepimpinan
ü  Melahirkan sikap bertanggungjawab setiap murid.
ü  Melestarikan kemahiran dalam kehidupan sebenar.

SASARAN
ü  Murid SK Simpang Pulai Tahap 1 dan Tahap 2

TARIKH / HARI  PERLAKSANAAN
ü  2 minggu ( 3 kali seminggu )
ü  Minggu Pertama 26 Jun 2012 hingga 28 Jun 2012
ü  Minggu Kedua 03 Julai 2012 hingga 05 Julai 2012
ü  Berjalan semasa mata pelajaran Matematik sahaja ( PN JUMRAH )
ü  Selasa, Rabu dan Khamis

KAEDAH PERLAKSANAAN
ü  Dijalankan secara berkumpulan. ( 6 Kumpulan - 5 hingga 6 orang )
ü  Aktiviti jualan kelas ke kelas.
ü  Dibawah pengawasan guru matapelajaran (MATEMATIK)
ü  Dana daripada kutipan murid 3 Gemilang
ü  Hasil / Keuntungan diberikan kepada murid dalam bentuk modal dan juga makanan.

JENIS JUALAN
ü  Alat tulis
ü  Penanda Buku 


Salah seorang pelajar membuat promosi di dalam kelas dan dibantu oleh rakan lain sambil diperhatikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Hjh Puteri Mimi.


Beg Tags
Salah satu produk ciptaan saya khas untuk aktiviti jualan ini. 


I Love SKSP...



My Neighbour's Dog






Kisah yang aku nk smpaikan ni mungkin ada yg sedih... Air mata aku mengalir xdipaksa... 

Jiran aku ada membela anjing, suatu hari aku tgk dpn uma jiran aku ni penuh dgn sampah... rupanya jiran aku ni dah pindah ke terengganu... yg pliknya dia tinggal jer anjing dia. Kesian anjing tu, cr mkn sendiri... oleh kerana aku dah x tahan dgn bau sampah, bangkai dan sbgainya yang di bawa oleb anjing tu, aku pun kol la jabatan haiwan. Diorg terima report aku tu dan akan membuat tangkapan. Yg sedihnya, diorg tangkap dan suntik anjing tu supaya MATI.... aduh... kejamnya.. aku xdpt bayangkan.... trus teringat cita hashiko... Trus menangis aku terima berita mcm tu... tp apakan daya, jbtn haiwan tiada peruntukan... sedihnya... masih aku terbayang pandangan anjing tu melihat aku seolah2 meminta simpati.... sapa nk anjing.. tlong la jaga anjing tu sblum depa mai dtg esk... huhuhuhuhu xble tido fikirkannya...
 Anjing ni pon makhluk Allah... Aku sangat sayang binatang specially yang cute2.... 
Tegokla anjing tu mcm mana dia tgk aku... dengan mata bulatnya, telinganya dicondongkannya seolah2 mendengar kta hatiku... sangat sedih....

Mood: sedih sangat.... nak g cuci muke sat.... sedeh.....:(

Tgk la gambar dia lagi...



Beginilah keadaan rumah yang ditinggalkan... sampah banyak sangat... dan sangat busuk....

Sampah yang sangat busuk, pampers baby yg mengandungi T*H* pun ada.....

Wednesday, June 6, 2012

°°° Gorgeous mempelai diMalam Berinai°°°

Just nak share job aku 1 Jun 2012 baru-baru ini... Venue : Kg. Benoni, Papar, Sabah.





Wednesday, May 30, 2012

... Bioever Botox Bukan Botox...

Salam....
Just nak share 1 cream yang sangat best..... Aku panggil Botox, tapi bukan botox sebenar... aku saja panggil mcm tu sbb hasil dia superbbbbbb..... Produk ni ialah BIOEVER....

Ini lah Bioever yang aku maksudkan... memang superb hasilnya...!!!
Kesan boleh nampak dalam masa 10 minit sahaja...

Jom baca kelebihan produk ini;

Keistimewaan Bio~Ever™

Bio-Ever™ menggunakan sistem bio-teknologi untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano secara terus ke dalam peredaran darah melalui penggunaan luaran pada kulit.


Teknologi Liposom Nano
Rumusan aktif Bio~Ever™ dirumuskan ke dalam liposom (sfera lipid yang kecil dan kosong) dan dihantar ke bahagian badan yang mana ia diperlukan.

Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan.

Rumusan Aktif Bio~Ever™

Pegaga (Centella Asiatica)
-Kaya dengan vitamin A dan C.
-Menggalakkan penyembuhan luka.
-Merangsang sintesis kolagen.


Wild Yam (Dioscorea Villosa)
-Komponen aktif diosgenin boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon progesteron.
-Mengawalatur metabolisme.
-Antioksidan dan meregangkan otot.

Soybean (Glycine Soja)
-Komponen aktif isoflavon boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon estrogen.
-Membantu masalah endokrin.
-Membantu sintesis kolagen, memutih dan melembapkan kulit.










Hasil memang superbbbb....!!!

Ini lah hasil setelah saya menggunakan bioever kepada pengantin yang sangat SUPERBBBBBB....!!!



Pada hari persandingan


Malam Berinai


Hari Pernikahan

Jom lihat sebelum pengantin dipakaikan BIOEVER dan selepas memakai BIOEVER...


SEBELUM


SELEPAS

Nampak tak perbezaannya...??

cream ini bukan dipakai di muka tetapi kesan boleh nampak dimuka...

Lihat pipi pengantin... nampak berbeza kan....??

Bahagian dagu juga sangat berbeza... boleh nampak agak kendur sebelum memakai, dan nampak tegang selepas memakai BIOEVER...

Apa kata anda cuba sendiri....

Harga : RM 220.00 (tidak termasuk pos)

Pek Percubaan : RM 50 ( tidak termasuk pos)

Hubungi : Cikgu Jumrah ( 018-5701313 )

Monday, May 28, 2012

°°°°myBestfriend'sWedding°°°

Kali ini merupakan entry yg sangat best bg aku... manakan tidaknya... kawan baik aku dr skolah rendah aku makeupkan sendiri... kami membesar bersama2... mengharungi dunia kanak2, remaja bersama2... tup2 time dia kawen aku yg makeup... bertuahnya aku dan kawan aku ni... mmber a ku ni orang sabah mcm aku juga la... hehehe kami ada 4 org semuanya... aku, nora, jian, & ayu... yg aku makeupkan ni 'si nora'... kami ni kwan baik smpi sekarang... dan semoga kekal sehingga ke akhir hayat... sbb kami semua dah kawen, mlm terakhir sebelum nora bergelar isteri, kami tidur ber4 dirumah pengantin... that is the best moment.. besembang smpi kul 3pg pun km tak sedar... mengingati zmn remaja km sgt seronok utk dijadikan bhn jenaka...usia kami yg sudah mencecah awal 30an bkn penghalang utk km menikmati dan mengimbau zmn remaja...  so... lets enjoy the best part of my bestfriend's wedding..


Persiapan Majlis Nikah


Selesai tugas.. bergambar dengan pengantin...



 Majlis Bersanding


Selepas bergelar ISTERI


Majlis Malam Berinai





Monday, March 26, 2012

Action Song + touchbyMe ;)

Salam...
Sudah lama tak tulis dalam entry nie.. biasalah, sibuk dengan urusan sekolah + study + bisnes dan macam2 lagi... tak menang tangan dibuatnya.. tapi aku tetap bersyukur kepada Allah kerana memberi aku peluang untuk meneruskan kehidupan ini... 
Bagi meneruskan minatku.. aku nak share kemenangan anak muridku dalam pertandingan Action Song peringkat kelompok yang akan mewakili Sekolah ke peringkat seterusnya...
Jangan terkejut, bukan aku yang latih pon, ada sorang cikgu baru kat sekolah baru aku ni yg latih iaitu Puan Ainul Husna.. a.k.a my next table/ neighbour la kiranya... aku just bantu makeup jer... macam tau2 jer mak suke makeup ni kaannnnnnnnnn..hihihiihihihi...
anywr, thanks Ainul coz trust me.. 
Lets enjoy.....

Senyum lebar2 ek.. biar lenguh takpe...


Inilah jurulatih merangkap juruletih..hehehe Pn Ainul Husna

Jurumakeup+PKHEM+gurupengiring nak pose sama...

Star on My Eye...


Auni terlebih makan leher ayam nih...:)

Comelnye budak ni..hehehehehehe

I got the LOVE....

Seronok tengok diorang happy sebab menang.. dan paling seronok makeup diorang bagi comel kan.. hehehehehe.. 
If u love my hobby... just share my story k...
Love u all...