Monday, December 30, 2013

++BEDAK ASAS KOMPAK BB CREAM SPF 25 PA+++



KULIT SEMPURNA DAN SEHALUS SUTERA – KEMASAN HEBAT – KEKAL PUSAM BERJAM-JAM LAMANYA

Bedak asas kompak BB Cream ringan dari COZUMATM difomulasikan dengan adunan eksklusif ramuan semulajadi untuk menjadikan tona kulit sekata, mengecilkan liang roma lalu mengembalikan keserian dan kemulusan kulit wajah.
Kulit akan kelihatan segar, halus dan berseri.

KULIT CANTIK TANPA CELA, SEHALUS SUTERA:
Teknologi eksklusif dari Jepun dengan formulasi kompak 'krim ke bedak' yang dapat menghalus dan menyerikan semua jenis kulit.

KULIT HALUS BERSERI:
Ramuan semula jadi yang diadun sempurna untuk menjadikan kulit wajah mulus dan tanpa cela.

KEKAL PUSAM SEMULAJADI SELAMA BEBERAPA JAM:
Sekurang-kurangnya 10 jam wajah tanpa kilauan dengan tekstur ringan yang hebat.


BEKAS KOMPAK YANG KEDAP UDARA.


Soal & Jawab

Apakah BB Krim Kompak? Bagaimanakah ia berbeza dengan bedak kompak lain?

Cozuma adalah inovasi baharu yang menggabungkan krim dengan bedak. Ia mempunyai tekstur seakan krim yang menjadi bedak apabila disapu pada muka. Setelah menggunakan Cozuma, anda tidak perlu lagi menggunakan bedak ringan ke atasnya, yang mana ini adalah berbeza dengan bedak kompak yang lain.

Bagaimanakah menggunakan produk ini sekiranya saya mempunyai kulit kering/berminyak?

Untuk kulit kering dan matang, campurkan Cozuma dengan pelembap harian anda supaya kulit lebih halus dan mengurangkan penglihatan liang roma. Untuk kulit berminyak, sapukan bedak pada kulit muka sehingga sekata dengan menggunakan span.

Adakah produk ini mengandungi alkohol?

Tidak

Berapa lamakah jangka hayat produk ini?

Ia boleh bertahan selama 2 tahun jika ia tidak dibuka. Setelah dibuka, hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan

Berapakah warna yang ada?

Terdapat dua warna iaitu Natural dan Beige.

Warna yang manakah sesuai untuk tona kulit yang gelap/ cerah?

Natural adalah sesuai untuk kulit cerah, sementara beige sesuai untuk kulit yang lebih gelap.

Apakah maksud SPF 25 PA+++. Adakah ia untuk menghalang kulit daripada sinar UVA dan UVB?

"SPF" bermaksud "Faktor Perlindungan matahari". Nilai ini menunjukkan keberkesanan perlindungan terhadap sinar UVB, serta tahap perlindungan terhadap sinar UVB apabila tiada apa yang digunakan pada kulit. Sebagai contoh, SPF 25 bermaksud bahawa produk perlindungan UV adalah 25 kali lebih berkesan dalam menghalang kemerahan terhadap kulit daripada matahari apabila tiada apa yang digunakan pada kulit.

PA bermaksud "Perlindungan Gred UVA". PA + menandakan produk mempunyai "keberkesanan perlindungan" dengan PA + + dan PA + + + yang menunjukkan efikasi perlindungan yang kuat. Secara umum, semakin tinggi nilai SPF, semakin tinggi nilai PA.

Oleh itu, Cozuma melindungi kulit daripada kedua-dua sinar UVA dan UVB.


Adakah Cozuma diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi?

Cozuma diperkaya dengan bahan-bahan semulajadi seperti bedak mineral, ekstrak jeli raja, kolagen, squalane dan aloe cape. Ia membantu menganjalkan kulit kendur, mencerahkan tona kulit dengan memperbaiki kulit kusam dan menyeimbangkan rembesan minyak semula jadi daripada kulit anda.

Adakah produk ini tidak komedogenik?

Ya

Saya ingin tahu apakah perbezaan yang dihasilkan antara bedak mineral dengan bedak asas?

Bedak mineral mempunyai kilauan indah yang mana bedak asas tidak dan ia mempunyai liputan yang baik.

JOM ODER, SMS dan PM OLA :018-5701313

Sunday, July 21, 2013

Resepi Udang Masak Butter


 Salam Ramdhan..

Alhamdulillah hari ini genap 12 hari kita berpuasa... Kejap jer rasanya kan...

Ok, Ini dia resepi Udang masak Butter..(Berbuka puasa heavy ckit) Thanks to Azie Kitchen for this resepi...

Mula2 kita buat Sarang Telur  dulu..

Bahan2 nya ialah;

·         2 biji Kuning Telur
·         Sesenduk Butter/Margerin
·         Secawan Minyak masak

Cara2nya....

1.       Pukul ringan kuning telur. 

2.       Panaskan Butter/Margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.



3.       Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 


4.       Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.



Ok.. Sekarang kita sediakan Udangnya pulak....

Bahan2nya....

12 ekor udang 
Sedikit Garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris

5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit Butter/Margerin untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam/Putih - jika suka
Garam secukup rasa

Cara2nya....


    1.  Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.


   2.   Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

 

   3.  Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.



   4. Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi.



Selamat Mencuba...




****Tips Menyediakan Juadah Berbuka Puasa****

Salam 1 Malaysia.... hehehehe

Ola tau ramai dikalangan kita semua especially kaum ibu2 semua kengkadang tu poning kepala gak la nak pikir nak masak ape kan...??? sampai boleh trmenung jauh dibuatnya.. hehehehe

Almaklum lah.. bulan puasa ni kalau boleh kita masak lagi bagus kan.. kan....

Beberapa tips untuk dikongsikan di sini...

ok ambil pen dan kertas... hehehehe tak perlu lah.. just print screen kan jer... tak pon print trus...

Antara tipsnya....;

1. Tanya direct jer kat anak2 or suami makanan apa yang diorang teringin nak makan... 

2. Kalau apa yang diorang 'order' tu tak reti buat jgn putus asa, tanya jer kat en. google... kompom jumpe

3. Then tengok kat dapur, barang2 apa yang ada mengikut 'order' diorang... kalau barang mencukupi boleh la buat... kalau tak ada jangan kecewa... try buat mengikut resepi sendiri seperti yang diorder... tak pun simpan order diorang ni untuk dibuat ke esokan harinya... 

4. Kalau anak2 n suami tak order ape2 or diorang cakap mcam ni..
"masak la apa pun..."
, masa ni la kita nak buat experimen... Masak la apa yg tekak kita nak plak... hehehehehe

5. Banyakkan tengok rancangan masakan.... 

6. Selain en google, cer try youtube plak.. kat sana siap tunjuk demo lagi...

7. Try cari kat blog2... banyak blog2 yg share masakan...

8. pesebuk pon ada.. misalnya Buku Resepi... ola suke sangat facebook Buku Resepi ni... banyak yang ola pelajari

9. Masak jer apa yang ada kat dapur tu.... hehehehehhe


Sebenarnya ola tulis entry ni sebab ola pon kengkadang tu dah pening nak masak apa.. so ola share kan berdasarkan experience ola....

Bukan apa, ola dah boring bli makanan kat bazar.. kengkadang tu membazir jer... luaran nampak sedap, bila makan.. huhuuhuhuhhu tak baik la nak kata tapi hakikatnya...

memang TAK SEDAP..>!!!

Kalau nak resepi try baca entry ola yang lain k...

Selamat menjalani bulan Ramadhan...

Thursday, May 2, 2013

Friday, April 12, 2013

MakeUp for Karnival Action Song

Salam 
Dah lama tak jenguk blog... yela.. busy dengan esemen.. program sekolah... dan macam2 lagi... niat dihati ingin menjadi guru cemerlang, semoga tercapai yer.. hehehehe

Baru2 ni sekolah SK SIMPANG PULAI menjadi tuan rumah untuk karnival Bahasa Inggeris Kelompok 10 Kinta Utara, Ipoh. Dalam karnival ini, terdapat pelbagai pertandingan yang anjurkan. Antaranya ialah Action Song. Macam biasa, makeUp is my food... hahahahaha...
So sekolah mana yang memerlukan khidmat makeup untuk sebarang event boleh la contact saya ek...

Jom kita layan gambar budak2 ni.... termasuk cikgunye yer.. hehehehe












Yang ni pulak bukan peserta action song.. tapi peserta story telling... but i help her, touchUp..

Theme : arabic style.. touchUp ckit2 jer sbb kesuntukan masa... ramai sangat anak murid nak kena makeup...



and... ini lah jurulatih merangkap juruLETIH.. hehehehe but we enjoy....
always enjoy... working with my bestie...


Sunday, February 24, 2013

Ain Yang Ceria

Salam......

Dah lama tak tulis dlm blog ni kan... hehehehe.. busy sesangat...  Besala awal tahun.. memang mcm2 program kat sekolah tu...

Tapi sebenarnya membusykan diri dalam masakan... hihihih.... sekarang sy minat masak2 kek n muffin plak sekarang ni tau.. entah ler...cita-cita nak buka kedai bakeri.. doakan lah semoga tercapai ek.. amin...

Okey.. untuk entry kali ini... sy ada muat turun video ke dalam youtube...
Sebenarnya job tu hujung tahun lepas punyer cerita, tapi baru kali ini sempat nak upload...hehehehe
Photoshoot dan makeup Done by me....

Nama kanak-kanak yang cute ni Ain.. anak kepada member satu tempat mengajar..

Ain memang anak yang bijak.. petah berbicara.... pandai pose... dan yang paling best dia memang suka makeup... makeupkan dia memang tak da masalah....

pengalaman sebelum ni kalau makeupkan kanak-kanak mesti tak duduk diam, mata berair2 sampai tak boleh nak bubuh eyeliner.. huhuhu..
tapi Ain lain... dah mcm biasa jer makeup.. bila pose, pandai ikut dan mendengar arahan...

Jom Saksikan bersama...





Selamat Menonton....

Siap dengan cover CD lagi...

Sebarang majlis untuk anak anda, boleh hubungi saya....


Cover Depan


Cover Dalam