Sunday, May 22, 2011

Kenegaraan PPG 2011


TUGASAN ESEI INDIVIDU


Pelajar dikehendaki menyiapkan dan menyerahkan sebuah tugasan esei (ulasan artikel) bertulis individu yang bernilai 20% daripada penilaian keseluruhan kursus. Sila lihat tajuk-tajuk di bawah.
  
  • Pilih SATU (1) tajuk sahaja        
  • Panjang esei tidak lebih 2000 patah perkataan (termasuk nota kaki, illustrasi, bibliografi, dll)
  • Esei HARUS ditaip, langkau dua, di atas kertas saiz A4.
  • Penyampaian dan format esei HARUS mengikut corak penulisan ilmiah 
  • Tarikh penyerahan esei ialah pada Minggu ke-10
  • DUA (2) set esei HARUS disediakan: satu untuk diserahkan, dan satu untuk simpanan sendiri.

1- Bincangkan maksud dan konsep asas sesebuah Negara 
2-    Bincangkan ciri-ciri asas sesebuah tamadun 
3-    Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah mengubah seluruh aspek kehidupan masyarakat Melayu. Bincangkan . 
4-     Bincangkan mengenai penjajahan di Negeri-Negeri Melayu dan kesannya. 
5-    Bincangkan konsep perlembagaan dan nilai-nilai tradisi Perlembagaan Malaysia 
6-    Bincangkan bagaimana peristiwa 13 Mei 1969 membawa kepada kelahiran Rukun Negara 
7-    “Sebagai sebuah Negara demokrasi, sistem pemerintahan di Malaysia juga mengamalkan konsep pengagihan kuasa”. Bincangkan kenyataan ini. 
8-    “Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah bermotifkan perpaduan rakyat”. Bahaskan. 
9-    Dasar Ekonomi Baru (DEB) mempunyai falsafah dan strategi tersendiri dalam mencorakkan kesejahteraan rakyat. Bincangkan. 
10- Bincangkan bagaimana Malaysia memainkan peranan dalam hal ehwal serantau dan dunia.

Friday, May 20, 2011

teknologi sebagai proses dengan teknologi sebagai produk dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran


 Hello kawan2... mungkin ini dapat membantu... selamat menjawab...

Sebagai seorang guru, bagaimana anda menterjemahkan maksud teknologi sebagai proses dengan teknologi sebagai produk dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran anda di bilik darjah?

Seperti yang kita ketahui, teknologi sekarang berkembang pesat seiring dengan perkembangan zaman. Jadi tidak hairanlah kepentingan teknologi serta penggunaannya juga mencetuskan fenomena baru dalam pendidikan, malah menjadi satu produk yang sangat penting untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan beberapa tafsiran tentang teknologi pendidikan;
"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"
     (Crowell (1971):Encyclopedia of education)
"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran"
     (Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)
Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.



Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran
*      Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.
*      Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
*      Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.
*      Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.
*      Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
*      Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
*      Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
*      Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.
*   Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.

Pada pandangan saya, sebagai seorang guru, penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat berguna. Melalui penggunaan teknologi dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran, dengan cara ini matlamat serta sasaran pencapaian murid dapat dikesan serta dicapai melalui penglibatan maksimum daripada pelajar.
            Penggunaan teknologi juga banyak membantu pelajar untuk memahami dengan lebih terperinci misalnya dalam mata pelajaran sains, penggunaan LCD yang dapat menunjukkan gambaran 100% tentang sesuatu pembelajaran. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah untuk memahaminya.
Secara keseluruhannya, penggunaan teknologi lebih menjurus kepada kebaikan kepada guru dan juga pelajar. Penggunaan teknologi sebagai produk dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sangat memberi manfaat dan menjadi satu inisiatif yang sangat berkesan.

Thursday, May 19, 2011

Canon 450D for Sale

saya mengemari dunia fotography.... kerana merasakan ia satu minat yang jujur dan ikhlas.. yela, segala yang dipaparkan dalam lensa merupakan tulen dan telus... tapi lumrahnya manusia, kita merasakan itu tidak cukup lantas di 'edit' mcm sy buat nih.. hihihihihihihi.
Gambar ini diambil semasa jamuan makan malam bersama rakan sejawat di SK SERI BESOUT dulu... kenangan terindah di sekolah ku... aman dan nyaman udaranya.. masih belum dicemari..
Untuk pengetahuan kawan-kawan yang membaca, kamera ini suami yang empunya.. saya minat jer tapi lagi minat 'possing'..kihihihihihi..
suami katanya nak jual kamera ni sebab nak upgred lg.. kamera ni masa tu dia beli kat sabah. model canon 450D. sesiapa yang berminat boleh hubungi saya. nanti saya inform kat hubby jer... keterangan kamera ini seperti berikut;
Model  : canon 450D sekali dengan kit lens 18-55mm
         tamron lens 18-270mm F/3.5-6.3 Di II VC LD 
           Canon speedlite 430ex II
accessories  :  battery grip
                2 extra original battery
                1 local battery canon
                bag dslr canon (red colour)
                outdoor bag (black colour)
                memory card 4gb