Thursday, September 20, 2012

++...Makeup for Dinner....++

Salam 1 Malaysia... 

Bulan ni kan bulan menyambut Hari Malaysia...

Tapi.. bukan itu tajuk entry kali ini...

Just nak share pic makeup untuk menghadiri makan malam...

Bulan lepas, sekolah aku merayakan Sambutan Hari Raya dan Majlis perpisahan PK KOKO sekolah aku.

Bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

Akulah antara guru yang paling sibuk... well... akulah Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Simpang Pulai..... memang sibuk la time tu... mana plak time tu berdekatan dengan majlis Sambutan Kemerdekaan,.... ++ berpinau mata...++ hihihihhiihihih 

Akhir tahun lah katakan... memang banyak program yang akan dijalankan di sekolah... sekarang ni pon aku tulis entry ni kat tempat kursus... Kursus KSSR dan PBS Matematik Tahun 3... ( time rehat okey.....) 
sementara menunggu peserta lelaki menunaikan solat Jumaat, boleh la jenguk blog jap....

okey... jom kita tengok makeup untuk makan malam....

Lokasi : Rumah aku....Bandar Seri Botani (BSB)..

Model    :  Qaseh..... a.k.a akulah...hihihihihi

Juru gambar   :  My Hubby.... thanks honey...


















Sunday, September 2, 2012

*....Makeup Si Manis Tunangan orang....*




Assalamualaikum... w.w...

Just nak share job ola minggu pertama raya baru ni...

Location : Gopeng, Perak.

Event :  Pertunangan.




Sebelum Solekan




Selepas solekan

Seperti biasa, ola akan gunakan Bioever sebelum menyolek... anda semua boleh nampak perbezaan ketara pada bawah mata si pemakai kan...



SELEPAS.......................SEBELUM.......................SELEPAS


Jom kita tengok beberapa post yang menarik sekitar majlis pertunangan
NOR MAZIAH BT BAKRI




















Untuk tempahan pelbagai majlis, hubungi

018-5701313 ( Kak Ola )


Friday, August 24, 2012

....Sambungan Suasana Aidilfitri....

Part 2  :  Malam Raya


Malam raya time kecik2 dulu memang satu moment yang paling best aku pernah alami....

korang..???. esti best gak kan....

malam raya aku taun ni kat Kota Sarang Semut, Aloq Staq , Kedah...

yang paling seronok anak sedara aku leh... kemain lagi deme.... asyik2 nak men mercun (pengawasan org dewasa erk...).... sanggup nk bagi duit raya depa suh beli mercun....
naseb baikla ada pakcik depa bli mercun yang pelbagai corak kat langit tu... aku tak tau nama saintifik dia sbnarnya... heheheehehehe

Part yang paling menggegarkan kepala lutut time malam raya kami sekeluarga ialah....
elok jer habis mercun bunga kat langit tu... tetiba dentuman kuat betul2 depan pintu pagar uma mak mertua aku.... kami mengucap panjang... ACCIDENT....!!..
Ya Allah... takut aku tgk.... sebuah kancil remuk dengan pemandunya meraung kesakitan.....
aku dengan penuh semangat menghalau anak sedara aku masuk uma, termasuk adik ipar aku yang tgh sarat mengandung... aku riso dia tak kuat melihat sesuatu kejadian yang tidak baik untuk dilihat... pergh.. ayat...

then... aku berlari ke dalam bilik ingin mencapai h/fon... konon2 nak merakam kejadian yang berlaku.. a.k.a wakil karam sing walia... hahahahahaha... elok jer kembali ke tempat kejadian... aku pelik tgk mangsa accident td kena tumbuk, diikat dan beberapa orang yang agak muda memegangnya seolah2 mengelakkan dia dari melarikan diri... 
dipendekkan cerita, rupanya ini merupakan pergaduhan beberapa ahli kumpula yang melibatkan DADAH... aku dapat tau pun melalui perbualan mereka...
Pergh... bila dengar ja 5 huruf durjana tu, orang ramai yang berkerumun menyaksikan kemalangan tu beransur hilang seorang demi seorang.. semua bagaikan tidak mahu terlibat walau sesaat pun dalam drama yang mereka saksikan...

p/s.... Alhamdulillah.. terima kasih keluarga ku... especially my mum yang banyak mendidik aku menjadi insan berguna... Syukur kepada Mu Ya ALLAH kerana aku tidak terlibat dengan keMUNGKARANMU...
amin...

Thursday, August 23, 2012

......SuasaNa AidilFitrI.......


Bab 1  :  Puasa



Salam Aidilfitri... 

Terasa singkat masa berlalu... sekarang dah raya dah... apa pun semoga di hari lebaran ini kita semua mendapat keRedhaan dari Ilahi... amin...

Apa yang menarik untuk entry kali ini, aku nak berkongsi cerita sepanjang menjelang aidilfitri....

untuk BAB 1 ini ceritanya tentang puasa....

Puasa memang sudag menjadi kewajiban kita... yang paling besnya sambil beribadat, berat badan aku juga turun... Yaaaaahhhhhooooooooo....  turun 3 kilo jer la.. tapi naik balik 3 kilo time raya pertama ja nanti...huhuhuhuhuhuhu... harap2 dpt mentain.....

Dalam kita berpuasa yang sedihnya ada juga berita tentang orang yang tak puasa... HUH....!!!! Dasar...!!!

Orang ini kita nak kategorikan sebagai apa ek...???? Lainlah kalau ada masalah yang tak mengizinkannya puasa, ini idok... (bak kato org peghok..) badan sihat walafiat tp tak pose... Nauzubillah...

Aku nak share kelebihan berpuasa.... banyak kelebihan lain.. boleh search internet jer... hehehehe

1. Puasa menyempitkan aliran makanan dan darah. Selalunya syaitan menggunakan aliran ini untuk menggoda manusia. Bila sudah sempit maka bisikan syaitan menjadi lemah.


2. Puasa dapat melemahkan nafsu, keinginan berbuat jahat, dan hasrat berbuat maksiat dan dosa. Ini dapat meyucikan semula roh supaya tidak lagi ternoda.


3. Puasa dapat mengingatkan kita kesusahan orang fakir miskin, orang-orang yang kelaparan dan orang yang memerlukan bantuan. Hal ini supaya kita dapat mengasihani, menolong dan menyayangi mereka. Selain itu, ia membentuk sifat kesyukuran dalam diri kerana kita tergolong dalam orang yang cukup makan dan minum.


4. Puasa dapat mendidik jiwa, menyucikan hati, memelihara pandangan dan menjaga anggota daripada perbuatan maksiat dan dosa.


5. Puasa merupakan satu-satunya ibadat antara hamba dengan Tuhannya. Hal ini termaktub dalam hadis Qudsi. Allah berfirman, "Setiap amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa. Puasa untukKu dan Aku sendiri yang membalasnya."



.....Selamat Berpuasa..... Jom puasa 6 plak.....



Sunday, July 29, 2012

Tudung Tocang Sweet


Salam...
Hari ini sangat bersemangat ke sekolah.. yola, pkai tocang.. hihihihihihihi

Bangun awal, bersahur... masak paprik seafood then mandi... 

tu yang semangat tu.. mandi awal mula la mcm2 nak buat... huhuhuhuhuhuhu... 

Macam mana nak buat tocang ni...?????

Nak tau ker...? okey...okey... Ola share...

Bahan-bahan....(hihihhihh dah mcm nak masak la plak....)

* 2 helai shawl dan sehelai anak tudung.

* Pin yang banyak....

Cara pakai ;

1. Pkai anak tudung



2. Ikat shawl di belakang dan bawa ke tepi/hadapan baki ikatan. (ikut suka blah kanan or kiri)



3. ambil shawl ke2 letakkan macam biasa kita nak pkai shawl tu...



4. lebihan ikatan tadi ditocang bersama shawl ke2.



5. lebihan shawl satu lagi tarik dan pin ke tepi untuk menutup dada.



6. Pinkan tudung untuk kemaskan.



*** sorry.. lukisan pantas.. hihihihihihihi... kalu perlu nanti ola upload video lah... kuikuikuikui..

selamat mencuba....


* Kalau nak tambah eksesori mcm kerongsang, reben or bunga pun boleh...





* Petai kesukaan en.Suami....


Thursday, July 26, 2012

MakeUp siMple for Hari RaYa....



Salam....

Ola nak share makeup yang sangat simple utk hari raya yang tidak lama lagi...
Abaikan pemakaian tudung tu ek...:p next time ola post khas utk pemakaian tudung mengikut cara ola...

orait, 
1st Ola nak bgtau produk yang ola pkai kalau nak simple je la... nk pkai daily pon ble...

1. Foundation or yang biasa anda guna. mcm ola gune Olay jer.



2. TV Paint Stick Kryolan + Loose Powder


3. Eyeshadow Ola guna Miss Rose


4. Blusher ola guna M.A.C (Mineralize Blush Gentel)



5. Lipstik pun M.A.C ( Satin Malt-A30)



Siap.....!!!!  ..... Taraaaaaa......





* Pemakaian tudung cara Ola

* Tudung biasa + selendang

1.  Pin selendang di atas dan tepi kepala.



2. Ikat selendang di belakang


3. Gulung-gulung baki ikatan selendang dan lilit di belakang kepala. kemudian pin kan...


4. Kalau nak berjuntai2, just pin kat tepi sahaja. Kalau nak full gulung pin dibelakang tengkuk dan atas kepala.


Lilitan Full.... boleh buh kerongsang besar kat blakang.




* Pesanan Ola, berhati2 dengan produk tiruan yang berleluasa di pasar malam... memang murah tapi.... bahaya untuk kulit muka... kulit muka sangat sensitif dengan bahan2 yang bukan ORI...

..........seLamaT MencuBa..........

Thursday, July 5, 2012

Projek Jualan Tahun 3

Aktiviti Jualan Tahun 3 SK Simpang Pulai




Alhamdulillah program yang saya rancang berjalan dengan baik. Bermodalkan RM15.00 murid2 saya mendapat jumlah perolehan sebanyak RM208.00... Hebat bukan... ? Tahniah saya ucapkan kepada anak muridku kerana menjayakan program ini... 

Berikut adalah objektif program ini;

OBJEKTIF
ü  Memperkukuhkan kemahiran wang.
ü  Menyedari kepentingan kemahiran wang
ü  Mewujudkan nilai kepimpinan
ü  Melahirkan sikap bertanggungjawab setiap murid.
ü  Melestarikan kemahiran dalam kehidupan sebenar.

SASARAN
ü  Murid SK Simpang Pulai Tahap 1 dan Tahap 2

TARIKH / HARI  PERLAKSANAAN
ü  2 minggu ( 3 kali seminggu )
ü  Minggu Pertama 26 Jun 2012 hingga 28 Jun 2012
ü  Minggu Kedua 03 Julai 2012 hingga 05 Julai 2012
ü  Berjalan semasa mata pelajaran Matematik sahaja ( PN JUMRAH )
ü  Selasa, Rabu dan Khamis

KAEDAH PERLAKSANAAN
ü  Dijalankan secara berkumpulan. ( 6 Kumpulan - 5 hingga 6 orang )
ü  Aktiviti jualan kelas ke kelas.
ü  Dibawah pengawasan guru matapelajaran (MATEMATIK)
ü  Dana daripada kutipan murid 3 Gemilang
ü  Hasil / Keuntungan diberikan kepada murid dalam bentuk modal dan juga makanan.

JENIS JUALAN
ü  Alat tulis
ü  Penanda Buku 


Salah seorang pelajar membuat promosi di dalam kelas dan dibantu oleh rakan lain sambil diperhatikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Hjh Puteri Mimi.


Beg Tags
Salah satu produk ciptaan saya khas untuk aktiviti jualan ini. 


I Love SKSP...



My Neighbour's Dog






Kisah yang aku nk smpaikan ni mungkin ada yg sedih... Air mata aku mengalir xdipaksa... 

Jiran aku ada membela anjing, suatu hari aku tgk dpn uma jiran aku ni penuh dgn sampah... rupanya jiran aku ni dah pindah ke terengganu... yg pliknya dia tinggal jer anjing dia. Kesian anjing tu, cr mkn sendiri... oleh kerana aku dah x tahan dgn bau sampah, bangkai dan sbgainya yang di bawa oleb anjing tu, aku pun kol la jabatan haiwan. Diorg terima report aku tu dan akan membuat tangkapan. Yg sedihnya, diorg tangkap dan suntik anjing tu supaya MATI.... aduh... kejamnya.. aku xdpt bayangkan.... trus teringat cita hashiko... Trus menangis aku terima berita mcm tu... tp apakan daya, jbtn haiwan tiada peruntukan... sedihnya... masih aku terbayang pandangan anjing tu melihat aku seolah2 meminta simpati.... sapa nk anjing.. tlong la jaga anjing tu sblum depa mai dtg esk... huhuhuhuhu xble tido fikirkannya...
 Anjing ni pon makhluk Allah... Aku sangat sayang binatang specially yang cute2.... 
Tegokla anjing tu mcm mana dia tgk aku... dengan mata bulatnya, telinganya dicondongkannya seolah2 mendengar kta hatiku... sangat sedih....

Mood: sedih sangat.... nak g cuci muke sat.... sedeh.....:(

Tgk la gambar dia lagi...



Beginilah keadaan rumah yang ditinggalkan... sampah banyak sangat... dan sangat busuk....

Sampah yang sangat busuk, pampers baby yg mengandungi T*H* pun ada.....

Wednesday, June 6, 2012

°°° Gorgeous mempelai diMalam Berinai°°°

Just nak share job aku 1 Jun 2012 baru-baru ini... Venue : Kg. Benoni, Papar, Sabah.





Wednesday, May 30, 2012

... Bioever Botox Bukan Botox...

Salam....
Just nak share 1 cream yang sangat best..... Aku panggil Botox, tapi bukan botox sebenar... aku saja panggil mcm tu sbb hasil dia superbbbbbb..... Produk ni ialah BIOEVER....

Ini lah Bioever yang aku maksudkan... memang superb hasilnya...!!!
Kesan boleh nampak dalam masa 10 minit sahaja...

Jom baca kelebihan produk ini;

Keistimewaan Bio~Ever™

Bio-Ever™ menggunakan sistem bio-teknologi untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano secara terus ke dalam peredaran darah melalui penggunaan luaran pada kulit.


Teknologi Liposom Nano
Rumusan aktif Bio~Ever™ dirumuskan ke dalam liposom (sfera lipid yang kecil dan kosong) dan dihantar ke bahagian badan yang mana ia diperlukan.

Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan.

Rumusan Aktif Bio~Ever™

Pegaga (Centella Asiatica)
-Kaya dengan vitamin A dan C.
-Menggalakkan penyembuhan luka.
-Merangsang sintesis kolagen.


Wild Yam (Dioscorea Villosa)
-Komponen aktif diosgenin boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon progesteron.
-Mengawalatur metabolisme.
-Antioksidan dan meregangkan otot.

Soybean (Glycine Soja)
-Komponen aktif isoflavon boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon estrogen.
-Membantu masalah endokrin.
-Membantu sintesis kolagen, memutih dan melembapkan kulit.










Hasil memang superbbbb....!!!

Ini lah hasil setelah saya menggunakan bioever kepada pengantin yang sangat SUPERBBBBBB....!!!



Pada hari persandingan


Malam Berinai


Hari Pernikahan

Jom lihat sebelum pengantin dipakaikan BIOEVER dan selepas memakai BIOEVER...


SEBELUM


SELEPAS

Nampak tak perbezaannya...??

cream ini bukan dipakai di muka tetapi kesan boleh nampak dimuka...

Lihat pipi pengantin... nampak berbeza kan....??

Bahagian dagu juga sangat berbeza... boleh nampak agak kendur sebelum memakai, dan nampak tegang selepas memakai BIOEVER...

Apa kata anda cuba sendiri....

Harga : RM 220.00 (tidak termasuk pos)

Pek Percubaan : RM 50 ( tidak termasuk pos)

Hubungi : Cikgu Jumrah ( 018-5701313 )