Thursday, July 5, 2012

Projek Jualan Tahun 3

Aktiviti Jualan Tahun 3 SK Simpang Pulai




Alhamdulillah program yang saya rancang berjalan dengan baik. Bermodalkan RM15.00 murid2 saya mendapat jumlah perolehan sebanyak RM208.00... Hebat bukan... ? Tahniah saya ucapkan kepada anak muridku kerana menjayakan program ini... 

Berikut adalah objektif program ini;

OBJEKTIF
ü  Memperkukuhkan kemahiran wang.
ü  Menyedari kepentingan kemahiran wang
ü  Mewujudkan nilai kepimpinan
ü  Melahirkan sikap bertanggungjawab setiap murid.
ü  Melestarikan kemahiran dalam kehidupan sebenar.

SASARAN
ü  Murid SK Simpang Pulai Tahap 1 dan Tahap 2

TARIKH / HARI  PERLAKSANAAN
ü  2 minggu ( 3 kali seminggu )
ü  Minggu Pertama 26 Jun 2012 hingga 28 Jun 2012
ü  Minggu Kedua 03 Julai 2012 hingga 05 Julai 2012
ü  Berjalan semasa mata pelajaran Matematik sahaja ( PN JUMRAH )
ü  Selasa, Rabu dan Khamis

KAEDAH PERLAKSANAAN
ü  Dijalankan secara berkumpulan. ( 6 Kumpulan - 5 hingga 6 orang )
ü  Aktiviti jualan kelas ke kelas.
ü  Dibawah pengawasan guru matapelajaran (MATEMATIK)
ü  Dana daripada kutipan murid 3 Gemilang
ü  Hasil / Keuntungan diberikan kepada murid dalam bentuk modal dan juga makanan.

JENIS JUALAN
ü  Alat tulis
ü  Penanda Buku 


Salah seorang pelajar membuat promosi di dalam kelas dan dibantu oleh rakan lain sambil diperhatikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Hjh Puteri Mimi.


Beg Tags
Salah satu produk ciptaan saya khas untuk aktiviti jualan ini. 


I Love SKSP...



No comments:

Post a Comment