Friday, August 19, 2011

"..Glemer You.."

Salam Ramadhan..
Dibulan yang mulia ini... mungkin kita mempunyai pelbagai kisah yang menarik...
Aku tidak ketinggalan untuk menikmati kisah yang menjadi ingatanku...
Pemergian Ibunda tercinta merupakan satu kisah yang sangat menggugat hati nulariku..
pemergiannya amat aku rasai..kehilangan yang amat... 
Sangat mengambil masa untuk melupakan..yang pasti mungkin takkan pernah luput dari ingatanku..
Aku bersyukur kerana ada orang yang sanggup memberi kata perangsang dalam meneruskan hidup.. Suamiku..terima kasih sayang.. pengorbananmu amat ku hargai...
Pelbagai usaha yang suamiku buat agar aku bisa ceria seperti dulu...
Antarnya membawa aku membeli-belah yang merupakan hobiku.. biarlah membeli-belah tingkap (window-shoping ler)...hihihihihihi
Satu hari yang indah ( cuti nuzul Quran baru2 ni)...aku dan suami serta kakakku dan anaknya Aiman yang tinggal di Subang Perdana telah pergi 'menyopingkan' diri di SOGO... mentang2lah aku dan suami baru dapat bonus separuh gaji... maka berabislah kami..hehehehe
Aku membeli-belah diruangan kegemaranku, suamiku ke bahagian yang digemarinya..kakak ku membawa anaknya keruangan kanak2.. mmg dah mcm iklan berperang untuk mengambil bahagian masing2..hahahaha..naik jer 'eskeletor' tu trus aku bagi arahan"nanti koling2 jer yer..".. betapa bersemangatnya kami...
Dipendekkan cerita.. Sedang aku asyik membelek2 handbag yang aku nak beli, aku ternampak seorang wanita ini memfokuskan lensanya ke arahku.. dalam hati berkata.."ah... budak ni nak ambil gambar org lain kut..".. " takpon dia ni saja2 nak test kamera barunya.." 
Aku dengan mulut becoknya siap jd promoter kat ctu bagi cadangan kat cstmr untuk dia bli...tanpa ku sedari, rupanya minah yg dok tgkap gmbar aku td datang menghampiri aku... lalu berkata...
"kak, ble tak saya IKUT akak...?"
Dengan perasaan takut aku menjawab
"Kenapa awak nak IKUT saya?"
"Bukan IKUT akak..COE aka"sambungnya...
hehehehe aku malu... yala rmai sangat orang, mana nak dengar sangat... barulah dia perkenalkan diri dia wartawan dari surat khabar MalayMail...
Hahahahaha.. sangat memalukan sebab ini mungkin pengalaman yang tidak dapat dilupakan...
Tengokla aku yang penuh bahagia memilih handbag yang macam aku nak borong semua... huhuhuhuhu
Yang aku pegang ni mmg aku bli, siap bli 2 set..hahahahaha
selamat membaca.. thanks..



Klik Link dibawah ;

No comments:

Post a Comment